Prof. Hishamuddin Rais vs Prof. Nordin Kardi
Dalam banyak hal saya merasakan Saudara
Hishamuddin Rais jauh lebih layak digelar Prof. jika dibandingkan dengan VC
Universiti Utara Malaysia, Nordin Kardi.
Bukan sedikit rakyat Malaysia yang merasakan
bahawa Encik Nordin Kardi telah menjejaskan imej universiti Utara Malaysia
sebagai pusat penjana para ilmuan yang berintegriti lantaran kengkangan
minda yang dianuti oleh VCnya.
Berikut adalah
tulisan “Prof.” Hishamuddin Rais dalam blognya http://www.tukartiub.blogspot.com/
yang saya kira amat berguna untuk dicanai sebagai santapan minda.
IMF - International Monetery Fund
meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.
Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair
Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah
bank di UK yang akan jatuh muflis.
Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua
perniagaan di hentikan.
Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion
dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek - lebih
tenat darai tahun 1998 dahulu.
Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay,
Karachi - semuanya jatuh.
Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis
yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat.
Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini.
Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana
Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini
berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis
tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak
mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung
dan untung.
Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan
berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.
Di Malaysia pada satu masa dahulu - leterik,air , perkapalan, pos dan
talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang,
Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti - adalah milik negara. Harta-harta
ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.
Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan
kepada kroni dan anak-anaknya.
Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa
yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas
kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan
ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua
warga.
Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum,
Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal.
Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat
Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.
Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang
menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak
harta kekayaan rakyat.
Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada
perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking ,
Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London,
Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima - di mana-mana sahaja
dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang
menjadi pembekal kerja yang paling banyak.
Di Malaysia - bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana
pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya
menangguk di air keruh - mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun
dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.
Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang
diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas - pertanian. Kita
perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono
seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini
untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia
dengan bahan makanan.
Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak
boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan
kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang
boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering - ipod dan handpone
agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.
Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan
hari ini perlu digantikan dengan sebuah
kerajaan dan
pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi
yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana
satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar
atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.
Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai.
Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan
towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan
Rakyat.