Wednesday, February 11, 2009

MEMORANDUM PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) MENENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) TAHUN 1983

MEMANDANG bahawa hukum-hukum yang layak dilakanakan di bumi Allah swt ini tidak lain daripada syari'at Allah swt dan bahawa Allah swt itu merupakan sistem hidup yang lengkap dan sempurna yang bebas daripada pengaruh dan runtunan hawa nafsu serta pemikiran yang terbatas, dan

MEMANDANG bahawa kuasa tertinggi keatas alam dan kehidupan manusia ini hanya kuaa Allah swt dan Allah swt sahaja yang memiliki hak kekuasan (Hakimiyah) dan sebarang kuasa yang diberi dan didapati oleh manusia itu sebagai amanah yang tertakluk kepada hakimiyah Allah swt, dan

BAHAWA perlembagaan negara yang diamalkan sekarang ini sebagai undang-undang tertinggi negara ini dan pentadbiran harian negara yang menyentuh kehidupan setiap rakyat, tertakluk kepadanya, pada hal perlembagaan itu tidak berdasarkan kepada syari'at Allah swt, dan

BAHAWA perlembagaan itu seringkali dipinda yang membuktikan kecacatannya dan pindaan-pindaan yang dibuat tidak dapat mengatasi kecacatanya itu, bahkan menambahkan kecacatanny, dan

BAHAWA pindaan yang baru diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negar baru-baru ini memperlihatkan dengan nyata konspirasi pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa dan mengheret negara ini menuju kearah pemerintahan diktarur dan kukubesi yang merampas hak-hak dan kebebasan rakyat dan mencarik-carikkan prinsip keadilan, dan

BAHAWA pindaan keatas Perkar 122b, telah membuka ruang yang lua kepada Perdana Menteri untuk menekan pengaruhnya keatas Mahkamah dan dengan itu kebebaan Mahkamah akan tergugat dan badan kehakiman tidak lagi menjadi badan yang berkecuali dan bebas dari tekanan dan pengaruh badan eksekutif, dan

BAHAWA pindaan-pindaan yang dibuat keatas Perkara 150 Perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan yang menyediakan ruang yang luas untk berlakunya kezaliman dan beberapa kali pindaan yang dibuat keatas perkara ini pada tahun 1960, 1963, 1966 dan 1981 bertujuan mengekalkan kuasa parti pemerintah semata-mata yang merupakan penyelewengan yang nyata keatas prinsip-prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang dan pindaan keatas perkara ini yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negaa pada ahun ini (1983) telah memperuntukkan kuasa yang luas kepada seorang yang nyata terlibat dalam konflik politik iaitu Perdana Menteri yang boleh mengambil sesuatu keputusan menggunakan kuasa tersebut berdasarkan kepentingan politik persendirian tanpa lain-lain pertimbangan yang munasabah yang akan mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa tanpa penyeliaan mahkamah dengan sebab apa jua tindakan dalam bidang kuasa itu tidak boleh dipersoalkan di mahkamah, dan

BAHAWA pindaan keatas Perkara 66(5) telah mengurangkan satu tahap daripada proses undang-undang yang boleh dianggap sebagai pengumpulan kuasa mutlak kepada badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan pengurangan tahap itu membolehkan tertutupnya segala peluang untuk mengkaji semula undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen yang dibuat dan diluluskan dibawah pengaruh badan eksekutif dan oleh kerana pindaan keatas perkara itu tidak mengikut peraturan sewajarnya sehingga menimbulkan krisis Perlembagaan sebagai kesan daripada langkah yang terburu-buru, dan

BAHAWA akta Perlembagaan (Pindaan) 1983 dan pindaan-pindaan yang dibuat serta undang-undang yang digubal dibawahnya mengandungi peruntukan-peruntukan yang bertujuan mengukuhhkan kedudukan parti pemerintah dengan berselindung disebalik proses undang-undang yang kononnya cara-cara demokrasi, dan

BAHAWA pindaan-pindaan yang dibuat merupakan proses yang berterusan untuk memusatkan kuasa kepada badan eksekutif dan mengurangkan kuasa-kuasa pengawasan Parlimen dan Mahkamah yang menghapuskan perimbangan kuasa yang telah menyeret negara kepada penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dan kekejaman, dan

BAHAWA pindaan-pindaan yang dibuat itu tidak dapat menyelesaikan masalah perundangan dan krisis undang-undang yang membawa negara ini kepada suatu bentuk pentadbiran yang tidak lagi trtakluk kepada kawalan undang-undang, bahkan ia hanya tertakluk kepada kehendak badan eksekutif yang memusatkan kuasa kepada Perdana Menteri..

MAKA kami mewakili Parti Islam Se Malaysia menyatakan denan sesungguhnya bahawa...

KAMI menentang Rang UndangUndang (Pindaan) 1983 dan menuntut Rang Undang-Undang itu ditarik balik untuk mengelak penambahan kepincangan undang-undang dan menyelesaikan krisis perlembagaan yang timbul daripada Rang Undang-Undang yang diluluskan secara tergesa-gesa dan tidak menurut peraturan yang sewajarnya, dan

KAMI menolak segala hukum dan undang-undang yang tidak berdasarkan kepada syri'at Allah swt dan menuntut supaya Perlembagaan Negara dan undang-undang yang berkuatkuasa dibawahnya hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan Perlembagaan baru yang digubal berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam.

Yang benar,

tt

HAJI YUSUF BIN HAJI ABDULLAH AL-RAWA