Biodata pengendali Laman Web ini

Dalam Pelbagai Wajah

Dilahir pada 28.09.1950 di Kampung, Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Merupakaan  anak yang ke 7 daripada seramai 12 orang adik beradik seibu sebapa. Mendapat didikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Kota, Kota Bharu dan melanjutkan pelajaran dalan jurusan "special malay" di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris, Kota, Kota Bharu. Menyambung persekolahan menengah di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu setakat tingkatan 5. Memasukki Universiti Malaya pada 11.7 - 12.7.1970 kerana menemui kawan "baik" semasa buat lawatan ke Kuala Lumpur. Menduduki Universiti Kebangsaan pada 11.6.78 - 16.6.78 sebagai perserta sukan Jabatan Perkhidmatan Pos. Memasuki Uitm, Machang, Kelantan, Arau Perlis, USM Pulau Pinang, Univeresiti Petronas, Tronoh, Perak kerana menghantar anak dan anak saudara belajar sepenuh masa. Memasuki Uitm, Bandar Iskandar Perak kerana menemui Provos Ybg. Dr Salleh pada tahun 2006 dan kali terakhir memasuki Universiti Malaysia Pahang pada 01.07.2008 kerana menghantar Mohd Afiq b. Abdullah menyambung pelajarannya di Fakulti Diploma Sains Komputer.

 

Menyandang jawatan Guru Sementara selama 2 tahun 1970-1971 di Sekolah kebangsaan Seneng, Jelawat, Bachok, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Labok, Machang Kelantan.Jawatan terakhir di Pos Malaysia Berhad ialah Penolong Kanan Eksekutif setelah berkhidmat selama 34 tahun mulai 17.4.1971. Menyambung perkhidmatan yang sama secara kontrak selama 6 bulan di Pos Malaysia Berhad mulai 1.10.2006 hingga 31.3.2007 setelah bersara wajib pada 28.09.2006.

Pada masa sekarang menetap di No. 824, Kampung Baung Bayam, Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai seorang Isteri dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Masih mempunyai seorang ibu yang tersayang (tua dan uzur). Ingatannya semakin berkurangan. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang tidak terhingga kepadanya kerana membesar dan mendidik kami menjadi manusia yang berguna. Benarlah kata orang-orang tua bahawa ibu mampu menjaga dan mendidik 12 orang anak, tapi seorang anak belum tentu lagi boleh menjaga seorang ibu yang sudah tua.

Dianugerah "Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K)" oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, sempena menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke 56 pada tahun 2006 bersama 1427H.

Sukan yang digemari ialah badminton, mendaki gunong dan mengembara.

Selamat hari jadi ke 54. Acara di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.